Engagement Fund ;)

Wednesday, 2 November 2016

SAN 2016 - Episod 3: Kembara Musim Luruh Bermula

Bila nak mula menulis kisah jalan-jalan ukur Seoul ni, kena seru semangat. Berapa kali entah dok keluar masuk dashboard ni tak tertaip juga. Makanya, marilah mula membaca catatan kami yang panjang berjela ni. Pada malam 30 September, aku, Aten, Mada dan Radin bertemu di KLIA. Sampai saja terus kelam kabut check in beg. Lepas tu salam dengan Abah dan terus masuk ke terminal.

Kami sampai di Incheon mengikut masa yang dijadualkan. Alhamdulillah, sepanjang menggunakan penerbangan MAS, tak pernah lagi ada pengalaman buruk; tu yang MAS di hati walaupun semput kumpul duit nak beli tiket. Heee.. Sampai Incheon, lepak-lepak dulu sebab tunggu Hani touchdown. Dia naik AirAsia jadi flight dia sejam lewat daripada kitorang.

Dalam pukul 8.45 pagi, kitorang dah kelam kabut cari platform bas. Kami sepakat nak naik bas je sebab tak payah turun naik tangga heret beg. Masing-masing beg kemain besar, memang taklah nak naik subway atau Arex. Nombor bas kami adalah 6011 dan tambang dia adalah 10 000 Won sahaja. Senang naik bas sebab tak payah tukar-tukar dan perhentian dia tak jauh dari tempat penginapan. Perjalanan mengambil masa kurang lebih satu jam.

Muka lega sikit sebab dah jumpa platform bas. Habis selfie je bas pun sampai.

Turun bas, melintas jalan dan sesat kejap sebelum jumpa Bong House. Waktu tengah melilau cari arah, ada seorang lelaki berhenti dan tanya, "Are you guys lost?" Kurang lebih macam tulah ayat dia. Memang nampak sangatlah orang sesat pun sebab dengan tarik beg besar-besar lepas tu dekat tangan ada buku skrap yang menunjukkan jalan nak ke Bong House.

Memang baik sangat pakcik tu sebab walaupun dia bukan orang situ, tetap juga cuba nak tolong kitorang walaupun tak jumpa jalannya pun. Aku tak ingat siapa yang jumpa lorong nak masuk ke bangunan Bong House tu tapi salah seorang dari kamilah patah balik dan tengok. Tapi diorang cakap waktu aku dengan Hani check in, pakcik tu patah balik jumpa sebab nak pastikan kitorang berada di tempat yang benar. Terharu.

Alhamdulillah, urusan pada hari pertama dipermudahkan. Kalau ikutkan, waktu untuk check in adalah pukul 3 petang tapi disebabkan bilik kitorang tak ada penghuni dan dah siap, makanya bolehlah terus masuk bilik. Masuk bilik campak beg, bersihkan diri dan bertenang kejap.

No comments: