Engagement Fund ;)

Monday, 22 December 2014

Langkawi 2014 - Episod 7: Dataran Lang

Sambungan dari episod 6, ini cerita untuk hari ketiga kami disana. Usai melontar dan melabur di HIG, kami terus ke Dataran Lang sementelah hujan pun sudah reda. Masih sedikit rintik-rintik tapi boleh diredah. Jarak dari HIG ke Dataran Lang sangat dekat jika berkereta dan memang ia terletak bertentangan dengan medan selera tempat kami makan pada malam pertama. Walaupun diorang tu semua dah pernah ke Langkawi, tapi tak pernah jejak kaki ke Dataran Lang. Dengan keazaman dan kesungguhan Tuan Tanah dan ketakutan mereka kalau Tuan Tanah merajuk lagi, moh la ke sana.



Aku ingatkan si Helang ni duduk dekat tengah-tengah dataran, rupanya dekat hujung ceruk sana tu. Kalau nak bergambar kena pandai cari sudut dan berebut dengan pelancong lain sebab tempat dia agak sempit. Waktu sampai tu tak berapa nak ramai orang tapi lama kelamaan orang jadi ramai sebab hujan dah berhenti kot. Lama juga kami bergambar dekat sini; lepas kami, kami lagi. Hahaha... Dah puas wefie guna joran dan guna telefon, tak puas hati pulak sebab si Helang tak masuk gambar sepenuhnya. Maka salah seorang dari kami memberanikan diri untuk meminta bantuan dari seorang pelancong di situ untuk ambil gambar kami berlima. Dapat la satu gambar berlima. Terima kasih awak, tolong ambil gambar kami. Gambar-gambar bawah ni korang letak caption sendiri ye.










Memandangkan hasil tangkapan adalah banyak, maka terpaksa pinjam troli concierge untuk angkut barang. Hehehe...

Habis bergambar, terus balik hotel sebab seharian keluar. Solat pun tak lagi. Sampai hotel, mandi manda, solat dan lepak depan tv sambil perabis makanan lebihan yang ada. Sebab Mada bawa laptop dan kebetulan ada pendrive, teruslah pindahkan cerita yang ada dalam laptop dia masuk pendrive dan cucuk dekat tv. Memang terasa macam duduk dekat bilik tv balik zaman di asrama; bergelimpangan ramai-ramai depan tv sambil komen apa-apa yang patut.

Lepas maghrib, keluar cari makan malam pulak. Sebab tak tahu nak kemana, kami ke Laksa Penarak lagi dengan harapan ada laksa untuk yang merajuk tadi tu. Tapi tak ada rezeki lagi sebab laksa dah habis. Sobsobsobsob... Akhirnya makan jelah apa yang ada dan end up Hani belanja semua orang malam tu. Is it because I'm sulking for not getting the laksa I want or what Hani? Apapun terima kasih sebab bayarkan makan malam tu. Habis makan, balik hotel dan mula bungkus hasil tangkapan. Waktu nilah masing-masing  kerisauan sebab beg masing-masing macam terlebih berat. Risau sampai telefon receptionist tanya ada penimbang ke tidak sebab nak timbang beg. Malangnya tak ada. Patutnya dia kena ada satu penimbang untuk pelancong timbang beg macam dekat Huga Haus. Walaupun rumah tumpangan biasa, ada penimbang digital tau! Akhirnya, pasrah jelah dengan beg yang berat tu janji semua barang siap berbungkus. Habis je bungkus beg, sambung tengok movie dan tidur.

No comments: