Engagement Fund ;)

Sunday, 21 December 2014

Langkawi 2014 - Episod 6: Shopping Lagi!

Assalamualaikum...

Dah lama tak jengah blog, kena masuk bagi salam. Peperiksaan akhir dah habis, tanda kertas pun dah habis, masukkan markah pun dah sudah, maka bolehlah sambung menulis di sini. Kali ni nak sambung cerita di Langkawi pada hari ketiga. Kali ni memang ikut tentatif sebabnya shopping. Tak ingat dunia dibuatnya. Hahaha... Pagi tu dimulakan dengan sarapan pagi macam biasa dan disebabkan salah faham antara bilik kiri dengan bilik kanan, kami berpecah dua. Satu bilik terus bersiap untuk keluar dan satu bilik lagi sarapan dulu baru bersiap.

While waiting for Hani and Chik, let's wefie

Breakfast day 3

Misi hari tersebut adalah mencari pinggan mangkuk, memborong coklat lagi, memborong kain batik dan membeli produk berasaskan gamat. Misi yang tak kesampaian adalah makan laksa di Padang Mat Sirat sampai merajuklah orang yang pertama kali ke Langkawi tu. Mula-mula kami ke Idaman Suri dulu sebab khabarnya disitulah tempat terbaik untuk memborong pinggan mangkuk. Benarlah bagai dikata, hargnya lebih murah berbanding di HIG dan ada baaaaaaaanyak pilihan. Dari yang murah sampai ke mahal, dari yang berjenama ke biasa-biasa. Paling banyak borong adalah Chik sebab dia beli untuk tiga keluarga. Aku beli set pinggan makan je dekat sini. Tak beli Corelle pun sebab tak rancang nak beli di situ; cuma set pinggan makan biasa berbentuk 4 segi untuk kegunaan sehari-hari.

Dari situ, kami terus menghalakan kereta ke Pantai Cenang sebab waktu dalam perjalanan ke sana ada nampak kedai-kedai jual produk gamat. Kiranya dua dalam satulah; beli gamat dan meronda di Pantai Chenang lagi. Kami berhenti di Nusantara Maju Enterprise untuk memborong gamat. Tempatnya besar dan selesa dan paling penting ada pelbagai produk gamat di sini. Aku tak beli apa-apa pun dekat sini sebab baru je haritu ada orang bagi minyak gamat dalam goodies bag pengantin. Diorang pulak ada yang beli untuk diri sendiri dan juga kiriman orang. Harganya pun berpatutan.
Masing-masing dah kelek bakul

Kami dan kereta sewa kami

Habis memborong, terus ke Pantai Cenang. Tujuannya nak tengok-tengok coklat dekat Coco Valley yang terletak bersebelahan Underwater World. Membandingkan harga kekdahnya. Harga dekat situ dengan HIG tak jauh beza pun cuma aku rasa dekat HIG macam lagi seronok persekitarannya untuk shopping coklat ni. Sekadar tengok ajelah dekat sini, tak beli apa-apa sebab lepas ni nak ke HIG lagi sekali. Hehehe... Dah ronda dari hujung ke hujung, perut pun lapar. Maka kami ke Cenang Mall untuk beli sesuatu dari The Loaf. Orang kata, kalau dah sampai Langkawi wajib pergi situ. Tapi yang kedai asal adalah di Telaga Harbour. Cuma Hani je yang tak beli apa-apa sebab dia kata dekat KL bersepah. Yelah, orang tu duduk KL, kita ni duduk Banting. Manalah ada The Loaf dekat pekan kecil.

Sementara tunggu KFC sampai, menjakun kejap dengan bungkusan roti

Selain roti dan pastri, ada juga makanan berat macam pasta. Boleh je la kalau nak makan dekat situ. Menariknya di situ, ada tester untuk setiap jenis roti yang dijual maka sebelum beli boleh rasa dulu. Aku beli dua jenis roti dekat situ tapi dah lupa roti apa. Yang penting roti yang jarang jumpa dan ada dalam Bakery Story. Pengaruh game sangat! Hahaha... Aten pulak mula-mula dia kata; "Aku tak payah beli la Sazoh sebab dah rasa semua dah. Kenyang." Boleh cenggitu? Hahaha... Tapi akhirnya dia beli jugak satu jenis. Lepas beli roti, masuk KFC sebelah untuk lunch. Ek eleh, datang Langkawi tapi cari KFC jugak, apa kes? Sebabnya mak buyung teringin nak makan maka kita ikutkan aje. Untuk lunch, guna duit lebihan makan besar.

Our luncheon

Perut dah kenyang maka seterusnya cari kain batik kiriman mak Mada. Dekat tepi jalan utama dari Pekan ke Cenang memang ada satu kedai jual baju-baju dan kain batik tapi kalau dari Pekan, dia belah kanan. Jadi balik Cenang baru singgah sebab tak payah U turn. Kain batik ni ada banyak jenis dan jenama; ada yang sedap dipakai dan ada yang kurang selesa dipakai. Kedai ni memang daebak sebab jumpa jenis kain batik yang mak Mada suruh beli tu dan ada banyak pilihan. Selain kain batik, ada juga tshirt, kaftan, blouse dan kemeja. Harganya pun boleh tahan murah. Beli lagi banyak, lagi banyak dapat kurang. Aku yang tak ada bajet untuk kain batik pun terjebak beli jugak. Kain kaftan dia memang lembut dan sejuk dan susah nak jumpa walau dekat Kelantan sekalipun. Maka aku beli satu kaftan, dua pasang kain batik corak terbaharu(dia cakap), satu kain pelikat untuk Abah dan satu kain pelikat untuk aku buat baju kurung. Rambang mata tengok corak kain batik dengan kain pelikat dia. Siap berebut dengan Chik dengan Aten lagi. Hahaha... Habis dekat 100 hengget jugalah dekat sini.
Kelihatan Chik dan Tuan Tanah sibuk membuat keputusan...hahaha

"Ok Ten, ambik gambar nombor siri kain kita. Nanti bertukar dengan orang lain."

Dalam perjalanan balik ni hujan selebatnya sampai tak nampak jalan. Kalau nak buat aktiviti melibatkan laut dan alam semulajadi, elakkan pergi sana pada hujung tahun sebab waktu macam ni kan musim hujan jadi rugi. Kalau nak buat aktiviti indoor seperti shopping, takpe. Hehehe... Hujannya pulak tak dijangka dan sekejap-sekejap tapi terus lebat. Bila sampai Pekan Kuah, hujan dah reda sikit walau agak lebat. Terus ke HIG dan cari parking yang dekat dengan laluan berbumbung. Sebelum ambik troli, masing-masing beratur dekat ATM sebelah tempat troli. Hahaha... Gara-gara ternaik sheikh shopping la ni sampai kena ambik duit lagi. Nasib baik aku tak bawak semua kad bank yang ada; kalau tak, memang makan roti jelah sampai gaji masuk.

Ambik satu troli je, kongsi 4 orang

Dah bayar, jom balik!

Penuh satu kereta bak ang! Nampak Hani senyum lebar? Dia bukan senyum dekat kamera sebenarnya tapi dekat bakal mak pak mertua yang kebetulan lalu...hehehe

Kali ni beli lagi coklat untuk diri sendiri dan juga kawan-kawan. Aku beli jugak pemanggang tak berapa nak ajaib keluaran HIG. Harganya jauh lebih murah berbanding jenama terkenal di pasaran. Oh ye, kalau nak beli kain batik, dekat sini pun ada tapi tak berapa banyak jenis dan harganya adalah tetap. Semua orang top-up coklat dan barang-barang yang berkenan di mata kecuali Hani. Dia sorang je tak masuk dan duduk dekat kerusi depan pintu masuk sambil borak-borak dengan bakal mak pak mertua. Hehehe... Dah habis shopping, hujan pun dah berhenti, maka teruslah ke destinasi wajib terakhir. Entri seterusnya ye sebab dah panjang berjela entri yang ni.

No comments: