Engagement Fund ;)

Thursday, 26 June 2014

Short Trip to Pahang - Episode 2

Okey, dah habis menanda kertas periksa budak-budak ni, curi masa kejap sambung cerita pergi Pahang haritu. Kali ni nak cerita pasal makan dekat Kuantan. Sebab tak pernah sampai Kuantan, kelam kabut tanya orang yang pernah duduk Kuantan tempat mana yang best nak makan. Lepas check in, SMS Rahmah dan suaminya yang merupakan kenalan di uni dulu. Ingatkan boleh jumpa dekat rumah Che Pah tapi tak ada rezeki. Pung pang pung pang, dia nak datang hotel tuntut ole-ole dari Korea tempoh hari. Asalnya aku kata nak pos tapi tak menyempat je nak ke pejabat pos nun. Alang-alang dah dekat, cuba nasib kot-kot mereka boleh datang tuntut dan belanja makan malam sekali. Ahaks!

Niat nak kopak Tuan PTD tak kesampaian sebab diorang nak menghala balik rumah maka tak boleh nak jimba-jimba. Borak-borak kejap dengan Rahmah dekat lobi. Abang Garang tak turun kereta sebab Sarah tidur pulak. Takpe, lain kali kami cuba lagi. Malam tu lepas maghrib kami keluar cari makanan. Lokasi tujuan adalah Ana Ikan Bakar Petai yang terletak di Tanjung Lumpur. Dari hotel dalam 5 minit je kot; memang dekat gila ko! Cawangan dia ada banyak, yang kami nampak ada tiga. Tapi kami pergi yang belah dalam. Kawan Kak Chik kata yang kami pergi tu kedai asal dia.

Cara-cara nak order dekat sini, mula-mula cari tempat duduk dulu. Lepas tu panggil pekerja dia untuk ambil order. Orang memang ramai tapi pekerja dia cekap dan cepat dan ramai. Dekat adik pelayan tu, order makanan selain makanan laut dan juga minuman. Memang laju gila adik tu cakap; zap zap zap zap, selesai. Pelayan dekat Kenny Rogers pun kalah. Hahaha... Dah sudah tu, pergilah pilih makanan laut apa yang korang nak makan. Macam-macam adaaaa! Aku ni tak berapa kenal ikan besar-besar ni makanya meramahkan diri bertanya dekat sorang akak yang tengah pilih ikan jugak. Hehehe... Aku pilih sorang sebab Kak Chik tunggu meja. Memang berbelah bagi nak ambik tu sebab semuanya besar dan banyak. Tapi sebab aku tamak, ambik jugak. Dah pilih-pilih ikan dan makanan laut, pergi kaunter timbang dan bagi tahu nak masak apa dan nombor meja sekali. Selain menu makanan berat, ada juga satar dan keropok lekor. Tak sempat order keropok lekor sebab dah kenyang tahap gaban.

Lala masak cili

Ikan jenahak(kot) bakar petai

Satar yang sedap nak mamps

Kailan goreng belacan

Tomyam campur yang meriah dan sedap!

Sotong goreng tepung

Makanan daebak! Sedap dan setimpal dengan harga. Semua yang di atas adalah makan berdua dan berharga dalam RM 105 kot. Lupa dah. Cumanya kan, nak bagi cadangan sikit ni, harap boleh sediakan ikan-ikan yang bersaiz kecil atau sederhana untuk dua orang makan sebab ikan yang ada semuanya gabak-gabak belaka. Tak habis makan sebab hidangan dia semua bersaiz besar kecuali sayur dan sup atau tomyam. Mujur ikan tu tahan sampai esoknya maka aku ratah ikan je waktu tengah hari sementara tunggu Kak Chik pergi Diskusi Grup.

Sebelum bertolak pulang, sibuk nak beli satar bawak balik KL. KL sangat! Hahaha... Sibuklah Google tempat satar paling sedap. Kebanyakan blogger cakap Kedai Pok Su dan Kedai Mok Naa. Lepas check out, hala kereta ke Tanjung Lumpur balik. Kalau dari Bandar Kuantan, kedai Pok Su belah kiri tapi kitorang nampak kedai Mok Naa dulu dekat seberang nun maka laju je cari tempat pusing dan terlepas kedai Pok Su. Kedai Mok Naa ni belah kanan jadi kena buat pusingan U. 

Antara makanan yang ada

Kedai Mok Naa

Selain keropok lekor, satar dan otak-otak, ada juga makanan berat macam nasi berlauk dan mee. Kuih-muih lain pun banyak. Pilih je nak yang mana. Kitorang beli bungkus je. Tak ingat dah harga dia berapa tapi aku beli banyak gak la. Satar dia sedap, tapi rasanya satar dekat Ana Ikan Bakar Petai lagi sedap sebab satar yang dekat sini macam hancur-hancur sikit. Dari segi tu je la yang tak best, dari segi rasa memang best! Keropok lekor dia pun sedap nak mamps! Lembut dan sangat terasa ikannya. Kalau datang Kuantan, jangan lupa cari keropok lekor dan satar ye. Yang paling tak boleh blah tu, boleh tiba-tiba dengar nama kena panggil waktu tengah excited nak bungkus satar. Oh, kawan kat Maahad dulu rupanya. Kecik dunia ni, boleh jumpa dekat negeri orang pulak ye. 

No comments: