Engagement Fund ;)

Tuesday, 17 June 2014

Short Trip to Pahang - Episode 1

Ini kejadian baru-baru ni jugak. Mula-mula tak nak pergi sebab hujung minggu ada tuisyen jadi malas nak mintak cuti dan cadang nak ambik cuti waktu sepupu aku tunang. Kang banyak kali cuti pulak. Tapi Kak Chik cakap tak sedap pulak bila yang menjemput buat ayat-ayat sedih kalau tak datang. Kak Chik ajak aku sebab dalam kad tu ada tulis nama aku sekali. Hahaha... Fikir punya fikir, takpelah, pergi jelah. Kebetulan minggu tu minggu ujian jadi aku siapkan soalan untuk semua kelas yang aku ajar dan tinggal dekat akak yang jaga bahagian tuisyen. Rancangan last minute kiranya ni sebab hari Khamis tulah baru nak cari hotel bagai. Terkincit jugaklah cari hotel yang tak mahal sangat tapi selesa dan best. Kak Chik ajak duduk dekat rumah kakak dia tapi aku kan penyegan, jadi cadangan itu telah ditolak bulat-bulat. Hehehe... Nasib baik Kak Chik ni cool je so proceed with my plan. 

Keluar masuk website hotel, jumpa satu hotel yang nampak best dan tak perlu bayar dulu. Yakin je aku book bila tiba-tiba esoknya dia hantar email bagi tahu tak ada bilik kosong. Stress kuasa dua. Waktu rehat tengah hari Jumaat tu aku Google dan terus book hotel guna booking.com. Settle! Payah sangat kan? Lepas ni booking dekat situ jelah.

Perjalanan bermula seawal pagi dan dari Banting sampai ke Shah Alam sampai ke Pahang, hujan lebat tapi kadang hujan kadang tak hujan. Kali ni test power kereta baru Kak Chik. Ingatkan dia nak bawak rupanya aku jugak yang kena bawak. Takpe, sejak dah biasa bawa kereta ke mana-mana ni, jadi takut bila duduk kerusi penumpang.Hahaha... Maka, marilah memandu. Pertama kali bawa kereta dekat Karak, seriau jugak sebab bengkang bengkok lepas tu stress sebab walaupun jalan macam tu, kereta-kereta lain tetap laju macam jalan dekat PLUS. Waktu dalam perjalanan pergi tu, singgah rehat dekat R&R mana entah, tapi dah dekat nak keluar dari lebuhraya la. Masa ni ada cerita cuak yang lawak. Waktu nak cabut kunci, kereta dok menjerit. Dah kenapa? Habis semua diperiksanya; tempat minyak, bonet, kunci pintu, semualah. Tetap juga bunyi. Dah panik dah ni. Tetiba aku teringat, waktu hujan lebat tadi ada nyalakan lampu tapi lupa nak tutup. Bila dah tutup, barulah bunyi hilang. Kereta moden cenggitulah, selagi semuanya tak dikembalikan ke asal, jangan harap dia nak berhenti berbunyi. Cuba kalau Mrs. Kanc? Nak tahu lampu tu menyala ke tutup, tunggulah bateri habis. Hahaha...

Macam biasa, bila sampai tempat asing, sesat dan terlajak itu sinonim dengan kami. Hahaha... Dahlah hujan lebat, tak jumpa papan tanda nak masuk pulak. Merasalah la buat pusingan U berkali-kali. Sampai tempat kenduri orang dah kemas dah. Lauk pun tinggal sikit je tapi sempatlah makan. Lepas makan baru masuk dalam jumpa pengantin dan bergambar.





Dari rumah Che Pah, terus patah balik ke Kuantan nak check-in hotel. Dapat baring pun sedap ni. Nak cari hotel ni pun berpusing-pusing sampai 8 kali. Patutnya belok kanan, aku belok kiri. Patutnya berhenti tepi ni, aku terus sampai depan. Merasalah ukur jalan dekat Bandar Kuantan tu. Tengok dalam peta, seberang je dengan masjid negeri tapi realitinya, depan masjid tu ada blok bangunan dan ada lagi jalan besar dan lorong kecil. Akhirnya dalam pukul 5 kot selamat juga kami sampai di Classic hotel. Hotel ni betul-betul tepi jalan besar. Kalau nak ke Tanjung Lumpur melalui jalan depan masjid negeri tu, ambik cabang ke kanan dan cari susur masuk nak ke bangunan hotel.

Hotel ni menerima bayaran menggunakan kad. Asalnya dah sediakan tunai untuk bayar hotel tapi bila dia tanya "Nak bayar tunai atau guna kad?" terus aku tamak kata nak guna kad dan muncul niat lain untuk duit tunai dalam dompet tu. Hahahaha... Stylo apa bayar guna kad ni walaupun bukan kad kredit. Merasa gak la perasaan orang swipe card dan sign resit tu. Heeee... Dah selesai bayaran, dia bagi kunci bilik dan kupon sarapan. Ada dua benda pelik dan misteri sepanjang menginap dekat sini. Pertama, kami hanya berdua tapi dia bagi kupon sarapan untuk tiga orang. Kedua, lif akan terus ke tingkat 3 walaupun ada tingkat 1 dan 2 tapi butang tingkat 1 dan 2 tu dia tutup dengan kertas. Misteriiiii...

Aku malas nak fikir jadi aku diam je. Kalau bukak topik borak mesti meleret-leret jadinya kang. Dasar penakut punya orang. Hahaha... Tapi ada beberapa kali jugak Kak Chik tanya kenapa dia bagi 3 kupon? Kenapa tak boleh tekan tingkat 1 dan 2? Malas nak layan. Boleh gitu? Hahaha... Ye la, Kak Chik ni jenis letak kepala je terus tidur aku pulak jenis terkebil-kebil dulu baru tertidur. Kot waktu terkebil-kebil tu ada 'makhluk asing' datang melawat sebab kitorang dok cakap-cakap pasal dia, tak ke haru? Alhamdulillah tak ada benda pelik berlaku.








Keseluruhannya hotel ni memuaskan dengan harga yang ditawarkan. Aku ambik bilik Superior Twin untuk 2 orang; luas sikit berbanding bilik untuk 2 orang yang biasa. Memang luas gila! Nak hampar toto dekat lantai untuk golek-golek pun boleh. Yang lawaknya, waktu nak cari kiblat. Aku ingat ini masih dekat Korea lagi agaknya, beria aku pusing-pusingkan kompas dekat lantai nak cari arah kiblat. Kak Chik yang dah baring dekat katil waktu tu tegur; "Awak solatlah dekat hujung tu, tak terganggu dengan pintu bilik air." Aku kagum dalam hati sebab cemana Kak Chik boleh nampak kompas aku dengan kedudukan dia tu. Malamnya kot bila dah baring tu, aku tiba-tiba ternampak penanda arah kiblat dekat siling. Rupanya Kak Chik tahu arah kiblat berdasarkan penanda tu. Kahkahkahkah... Mati-mati aku ingat dia nampak kompas aku, rupanya dia tengok penanda tu. Hahahahadoi... Lupa pulak hotel tu dekat Malaysia. Dekat Malaysia memang kebanyakan hotel ada letak penanda kiblat ni, kalau kat Korea memang takde lah kan.

Tu jelah cerita untuk hari pertama. Episod kedua akan menyusul untuk tempat makan yang menarik di Kuantan. Tak tahulah bila sebab nak menyibukkan diri menanda kertas periksa budak-budak ni.

No comments: