Engagement Fund ;)

Tuesday, 13 May 2014

KKMB 2014 - Episod 9: Gwanghamun Square

Hari keempat iaitu Selasa, kami dibawa ke tempat bersejarah terkenal iaitu Gwanghamun Square. Dekat sini ada patung(ke panggil tugu ek?) King Sejong dengan Jeneral Yi Sun Shin. Kali ni bagi otak bekerja sikit sebab kena baca fakta. Dataran ni berhadapan dengan Gyeongbokgung Palace tapi malangnya istana tu tutup pada hari Selasa. Maka, terpaksalah melawat istana lain. Berbalik pada cerita King Sejong dan Jeneral Yi Sun Shin. King Sejong adalah orang yang memperkenalkan tulisan Hangul dan menggantikan tulisan sebelumnya. Dekat patung King Sejong tu ada diukir huruf-huruf Hangul yang mula-mula sekali diperkenalkan tapi pemandu pelancong kami cakap, ada huruf yang dah tak digunakan. Dekat situ juga ada diletakkan alat-alat ciptaan zaman pemerintahan beliau.
Berlatarbelakangkan Jeneral Yi Shun Shin

King Sejong pulak

Huruf-huruf Hangul yang diukir pada tapak patung King Sejong

Dah puas bergambar atas dataran, mari masuk dalam muzium yang menempatkan sejarah King Sejong dan Jeneral Yi Sun Shin ni. Muzium ni bawah tanah ye dan lokasinya adalah di bawah dataran Gwanghamun ni. Masuk adalah percuma dan boleh bawa kamera. Muzium ni dibahagikan kepada dua bahagian; satu bahagian untuk ruang pameran King Sejong dan satu bahagian lagi untuk ruang pameran Jeneral Yi Sun Shin.

Di laluan masuk ke muzium yang dipenuhi cermin

Walaupun fokus utama sumbangan King Sejong adalah tulisan Hangul, tapi tetap juga ada dipamerkan aspek lain seperti muzik, astronomi, sains dan ketenteraan. Pameran bermula dengan biografi King Sejong. Sejong adalah gelaran dan nama sebenar beliau adalah Yi Do, anak kepada King Taejong. Bila masuk dalam ni, anda akan teruja nak baca fakta dan dalam masa yang sama nak meneliti replika peralatan yang teliti buatannya. Paling teruja baca sejarah tulisan Hangul. Bila melibatkan bahasa, akan ada pengenalan tulisan dan bunyi. Kiranya dari zaman dulu lagi phonetics and phonology ni dah wujud; buktinya adalah bagaimana Hangul ini diperkenalkan dan bagaimana ia dipelajari. Lengkap buku panduan nak tulis dan juga bunyi setiap huruf tu. Satu lagi yang menarik, Hangul ni dipelajari melalui lagu untuk membolehkan rakyatnya menguasai sebutan dan tulisan dengan cepat. Cool! Drama Korea ada cerita pasal King Sejong ni tapi aku tak pasti drama apa sebab tak tengok lagi. Jadinya lambat sikit nak hadam sejarah beliau. Selain tu, ada juga tempat untuk kita tulis nama menggunakan tulisan Hangul. Dekat sini ada staf yang jaga. Mula-mula kita tulis nama kita dan staf tadi akan terjemahkan ke dalam Hangul.

Berlatarbelakangkan potret King Sejong

Antara alat muzik yang dicipta pada zaman pemerintahan King Sejong

Sejarah mengenai muzik dan persembahan

Kamus sebutan Hangul



Buku panduan untuk rakyat

Macam nak jawab periksa gaya Za

Write like a pro!

Khusyuk sebab takut tak cukup ruang nak tulis 'Malaysia'

Dah habis ronda bahagian King Sejong, kita pergi ke tempat Jeneral Yi Shun Shin pulak. Ha, Jeneral ni aku kenal sebab cerita dia ada dalam drama Gu Family Book. Rupanya Jeneral dalam drama tu berdasarkan sejarah, aku ingatkan rekaan. Takpe, bila dah tengok cerita barulah senang nak faham apa yang ada depan mata. Jeneral Yi Shun Shin mengetuai tentera laut dan berjaya menghalang serangan besar dari pihak Jepun. Walaupun jumlah tentera beliau tak sebanyak pihak lawan, tapi dengan strategi yang mantap, akhirnya Jepun berjaya dikalahkan. Sumbangan terbesar beliau adalah dengan terciptanya Turtle Ship yang merupakan kapal perang terhebat waktu tu. Dalam muzium ni turut dipamerkan replika Turtle Ship dan juga peralatan lain. Selain pameran, terdapat juga aktiviti-aktiviti menarik yang disediakan seperti menyusun bongkah-bongkah kayu untuk membentuk kapal, permainan perang dan tayangan video sejarah Jeneral Yi Shun Shin.

Inilah dia taktik yang digunakan oleh Jeneral Yi Shun Shin untuk menentang musuh di kawasan yang sukar

Turtle Ship

Kepala Turtle Ship

Bahagian dalam Turtle Ship


Hai Jeneral!

Koleksi pedang beliau...panjang dan besar pedang-pedang ni

Dah habis ronda, kitorang keluar dan terus menuju ke tempat untuk makan tengah hari. Makan tengah hari kali ni meriah sikit sebab ada hidangan yang agak terkenal di Korea ni iaitu sotong goreng pedas. Nak sampai tempat ni kena jalan melepasi kedutaan Amareka dan bangunan-bangunan pejabat. Dapatlah cuci mata tengok mamat Korea berkot. Hahaha... Restoran ni pun terletak di bawah tanah. Waktu kami sampai tu memang ngam soi waktu rehat orang pejabat, memang penuhlah restoran ni. Nasib baik ada tempat kosong yang agak privasi. Maka duduk bersilalah kami untuk makan tengah hari.

Watak utama, sotong pedas yang didatang seekor-seekor; kena gunting dulu sebelum makan

Side dishes(dari atas); bayam Korea, kimchi, cili taucu (sebab memang rasa taucu), kentang

Sup tauhu

Rumpai laut dan bijan untuk digaul dengan nasi putih

Selepas

Serius sedap makan tengah hari hari keempat ni sebab menepati lidah dan tekak pedas mak incik. Nyums... Sampai keluar air mata pun tetap makan hingga ke suapan terakhir. Hehehe... Lepas makan, kami menapak ke bangunan Seoul Tourism Organisation untuk solat zuhur. Cerita di situ dan tempat seterusnya sambung di entri baru sebab entri dah panjang sangat rasanya. Hehehe...

No comments: