Engagement Fund ;)

Saturday, 10 May 2014

KKMB 2014 - Episod 8: Kunci Cinta di Namsan Tower

Perjalanan ke lokasi seterusnya memerlukan kenderaan. Moh le tahan bas untuk ke sana. Perkhidmatan bas kat sana adalah sangat tepat dan efisyen. Ada jadual dan skrin yang memaparkan pergerakan bas yang kita tunggu tu; boleh tahu lagi berapa minit bas nak sampai. Dalam bas ke Namsan tak dapat duduk maka mari kita gagahkan diri untuk menahan inersia bas yang dahsyat tu. Nak lagi best, menara ni atas bukit, lagilah kena imbangkan badan. Tinggi jugak dari bawah nak sampai ke atas tu; memang kirim salam kalau suruh jalan kaki. Bas ni tak akan sampai depan pintu masuk ye, kita kena turun di kawasan menurunkan penumpang dan lepas tu kena mendaki sikit untuk sampai ke menara. Agak curam juga dari tempat bas ke puncak tu. Walaupun bukan hari cuti, kawasan ni tetap padat dengan manusia yang bergelar pelancong.

Dalam perjalanan ke menara; ramai orang kan?

Namsan Tower sinonim dengan cinta sebab dari landskap dia sampailah dekat dek pemantauan, ada je simbol hati atau kata-kata cinta. Dah rehat kejap lepas penat mendaki, kami masuk ke bahagian bawah dulu. Tempat pertama adalah Trickeye Museum tapi sebelum Azree beli tiket dulu. Semua beliau yang uruskan jadi mak incik tak tahu berapa. Eh, macam ada simpan keratan tiket tu. Kejap, nak pergi korek kejap. ______________ Okey, jumpa! Tak faham tulisan Korea tapi nampak ada nombor 15 000 maka aku simpulkan tiket masuk muzium dengan ke dek pemantauan adalah 15 000 won. Sebelum masuk dalam muzium, beliau pesan; "Kalau nak tinggal beg dalam loker kat luar ni pun takpe." Perlu ke? Segala mak nenek khazanah ada dalam beg ni. Akhirnya kitorang angkut juga beg masuk tapi lepas tu menyesal sebab susah nak posing. Dalam blog aku letak gambar yang sopan je; gambar yang terlentang dan terlungkup tu simpan dalam album. Hahaha...

Cermin hikmat...ada 3 jenis cermin berbeza tapi dalam blog letak gambar yang cun jelah...hahaha

Aiyark!

Camera roll, action!

Ni bukan disko okey, ni salah satu ruang dalam muzium tu..dekat sinilah aku dengan Mada sesat; tak jumpa pintu nak ke tempat seterusnya..aku siap tahan pintu waktu mula-mula masuk dalam ni sebab takut terkurung..kahkahkah...lawak, lawak...

Tolong pegang kejap jaket saya pakcik jin

Mampu pandang kamera sambil main pingpong?

Berangan jelah...

Kesimpulannya, tinggallah jelah beg dalam loker untuk memudahkan aktiviti mengambil gambar sebab dalam tu macam-macam gaya kena buat. Melompat? Menelentang? Menyenget? Semualah... Siap sesat lagi dalam tu, nasib baik jalan berdua dengan Mada, kalau tak cuak kuasa dua jugak sebab tempat sesat tu adalah gelap dan menyeramkan.

Keluar dari muzium, kami terus ke lif untuk naik. Sampai je dekat situ, dia suruh berhenti untuk ambil gambar photoshop. Kemudian kami ditunjukkan jalan untuk ke lif. Kalau tak tahu nak kemana, jangan risau sebab ada ramai staf jaga dan mereka adalah sangat ramah; boleh tanya je. Masuk dalam lif, ada yang jaga dan beliau suruh kami dongak ke atas. Sepanjang 25 saat perjalanan ke dek pemantauan, ada disediakan tayangan pendek pasal Namsan Tower ni maka tak adalah bosan dalam tu. Menarik..menarik.. Keluar dari lif akan jumpa kaunter gambar tapi kami tak berhenti situ sebaliknya terus meronda dan menikmati pemandangan bandar Seoul.



Dekat atas ni ada kedai cenderamata dan antara cenderamata yang dijual adalah poskad. Ada pelbagai jenis poskad bertemakan Namsan Tower dan ada juga yang dijual beserta setem. Rupanya kita boleh beli, tulis dan terus pos waktu tu jugak. Kitorang tahu ni waktu nak bayar; yang jaga kaunter tu bagi tahu. Kos setem untuk pos ke Malaysia adalah 400 won jadinya kalau beli yang dah siap setem kena tambah lagi sekeping setem sebab yang dalam pek tu cuma 200 won. Aku beli 5 keping poskad dan dua daripadanya bersetem; dua-dua aku tulis dan terus pos kat situ. Satu untuk diri sendiri, dan satu untuk Abah. Cool dapat poskad dari luar negara walaupun sendiri hantar. Kahkahkah... Sebelum melaksanakan misi, kitorang tanya berapa lama masa diambil untuk sampai? Beliau pun katalah kurang lebih sebulan je. Dan, poskad aku dah sampai semalam petang. Hehehe... Abah punya poskad sampai hari Rabu. Dah habis misi, terus ke kaunter gambar. Pilih gambar mana yang cun, pilih latarbelakang dan bayar. Kemudian tunggu dia cetak. Sekeping gambar berharga 7000 won tak silap. Kalau ambik dua harga lain, kalau ambik tiga harga lain. Dah lupa harga. Kitorang ambik tiga keping; Za satu, aku satu, Mada dan keluarga satu.

Selesai kat atas, turun bawah pulak dekat kawasan paling terkenal iaitu kawasan kau kunci cintaku di dalam hati mu mangga cinta. Ala, tempat orang pasang mangga yang bertulis kata-kata cinta tu. Banyak mangga dekat situ, macam-macam jenis macam-macam warna. Ingat nak tinggal gak seketul tapi membazir pulak beli mangga yang dia jual sampai belas-belas ribu won. Lepas tu bila dah balik rumah malam tu Za tegur waktu aku tengah bukak beg; "Sazoh, tu mangga ke?" Aku pun jeling dekat poket; "Haah! Mangga kecemasan beli kat Daiso." "Apasal tak bawak tadi?" Aigooo! Tak teringat langsung. Kalau tak, boleh jugak aku kunci nama kitorang kat sana daripada mangga tu jadi tukun dalam beg. Cis...cis...!

Saya dan mangga-mangga

Kerusi cari jodoh nama dia...hahaha

Nak bergambar kat sini kena agresif, kalau tak sampai besok pun belum tentu dapat...

Dekat kawasan mangga tu tak ronda sampai hujung pun sebab ramai sangat orang dan ada kerja-kerja menaik taraf sedang dilakukan. Jadi kawasannya agak sempit sikit. Dah siap bergambar semua, turun bawah jumpa pemandu pelancong untuk balik. Hari yang ni kitorang balik rumah dulu baru keluar semula lepas maghrib untuk makan malam. Waktu nilah aku seperti cacing kepanasan sebab adaptor dari Malaysia dua-dua dah rosak. Harapannya nak cari dekat kedai serbaneka yang ditemui sepanjang jalan tapi satu pun tak jual. Stresss! Nasib baik makanan malam tu sedap, bolehlah buat pengubat stress sikit.

Malam tu kitorang makan dekat restoran Uzbekistan tak silap dan restoran ni terletak di tingkat 3. Korea dan tangga memang sebati jadi jangan merungut. Suasana dalam restoran tu adalah sangat-sangat seronok! Ala-ala romantik pun ada jugak sebab lampu malap je. Sebab kali ni pemandu pelancong bawak kawan dia, maka kami duduk dua meja; meja anak dara dan meja bukan anak dara. Hehehe... Tapi gambar bawah ni dari meja anak dara. Nah layan gambar makan malam pada hari ketiga kami di Seoul. Zassss!
Tuan Tanah dan Za

Mada dan Adawiyah; kakak dan adik

Lauk kami malam tu..dari kanan; ayam panggang sedap, kerabu lobak merah sedap, sup kambing kacang kuda sedap, sup tomato daging sedap....nama ni aku bagi sendiri sebab tak tahu nama dia sebab yang order adalah pemandu pelancong...sedap gila weh makanan dia!

Bukti kesedapan makanan; licin licau semua pinggan dekat meja kami...

Dari rumah tumpangan ke sini kena naik bas dalam dua stesen kot. Nama kawasan ni adalah Anam, kawasan sama kami makan untuk hari keempat. Boleh tahan banyak restoran dekat sini dan ada pilihan juga untuk restoran halal. Inilah dia cerita hari ketiga pengembaraan kami. Hari keempat bersambung lagi.... Terima kasih kerana baca sampai habis. Kalau terlebih rajin, sila tunggu sampai episod terakhir sebab tuan tanah nak buat giveaway barang-barang dari Korea. Barang-barang ye, bukan barang. Tak adalah lumayan pun barangnya tapi adalah sikit. Nak tak? Kalau nak, tungguuuuu...

No comments: