Engagement Fund ;)

Friday, 9 May 2014

KKMB 2014 - Episod 7: Namsangol Hanok Village

Hari ketiga di bumi Seoul, kami meneruskan kembara dengan pemandu pelancong baru. Pemandu pelancong yang ini orang Malaysia, bekas pelajar di salah sebuah universiti di Korea; mudahlah sikit nak berkomunikasi. Agenda kami memang berubah terus dari yang asal maka sebelum keluar berjalan kena tanya dulu nak ke mana. Hari ketiga ni kami ke Namsangol Hanok Village dan Namsan Tower. Macam biasa keluar dari rumah kurang lebih 10 pagi dan terus tunggu bas. Dah tak ingat berapa lama perjalanan dari rumah ke sini tapi lama jugalah. Disebabkan kawasan kami tinggal tu berdekatan dengan universiti, maka yang turun naik bas pun kebanyakannya pelajar.

Lepas turun bas, kena jalan banyak sebelum sampai ke destinasi. Waktu ni memang ramai sungguh pelancong. Untuk sampai ke Namsangol Hanok Village, kena berjalan melepasi bangunan-bangunan pejabat dan kedai. Sebelum pintu masuk tu ada satu kedai gambar yang menawarkan pakej bergambar dengan pakaian tradisional Korea selama satu jam dengan kadar bayaran 15 000 won; siap photoshop katanya. Menarik...menarik... takpe, lain kali ye ahjumma. Kami terus berjalan masuk melepasi pintu pagar perkampungan ni. Masuk adalah percuma ye dan kami disambut dengan patung-patung tanpa muka berpakaian tradisional. Bolehlah nak letak muka sendiri dekat situ dan ambik gambar. Mengikut kefahaman aku, Namsangol Hanok Village ni dibina untuk mempamerkan rumah-rumah tradisi yang pernah wujud waktu zaman Joseon dulu dan rumah-rumah ni daripada daerah berbeza. Kalau tak silap la ek, kalau silap tolong betulkan. Hehehe...

Berdekatan pintu masuk

Pengenalan pada Namsangol Hanok Village

Sempatlah bergambar dekat kawasan pintu masuk sebelum berjalan ke dalam. Kalau ke sini, benda wajib buat adalah memakai pakaian tradisional Korea yang popular dalam saeguk tu. Waktu nilah jadi terlebih gula sebab tak sabar nak sarung hanbok. Hahahaha... Mula-mula kena bayar dulu kemudian boleh ke satu rumah yang khas untuk pakai hanbok ni. Ada baaaaaanyak pilihan hanbok dengan pelbagai warna dan corak. Terus tamak rasa nak pakai semua. Hahaha... Akhirnya aku pilih hanbok maharani ke, hanbok permaisuri; tak ingat dah. Heee... Oh ye, setiap hanbok ada sekali dengan perhiasan kepala. Lepas sarung hanbok tu dia akan suruh pilih nak pakai yang mana. Kalau tak pasti, tanya aje pada staf yang jaga, perhiasan mana yang masuk dengan hanbok kita tu. Dah siap pakai, silalah ambik gambar sampai lebam. Bila lagi nak merasa kan? Nak beli hanbok sendiri, kena menabung dengan lebih gigih sebab sepasang hanbok yang kosong tanpa kain bercorak pun dah berharga 200 hengget ++. Sebelum masuk ke kawasan memakai hanbok, kena pergi ke satu khemah kecil berhadapan pintu masuk pondok hanbok untuk buat bayaran. Harga dia boleh tengok bawah ni. Kitorang kena bayar 3000 won je sorang sebab tak pasti kenapa. Hahaha... Mada, Za;kenapa ek korang? Pemandu pelancong suruh bagi 3000 je, kitorang pun hulurlah duit 3000 x 5 = 15000 won untuk 5 orang.

Selain aktiviti memakai hanbok, ada lagi aktiviti lain tapi kitorang tak sempat pun nak buat aktiviti lain tu

Berlatarbelakangkan perabot lama

Ni gaya Mada ajar; gaya duduk zaman dulu-dulu

Kami

Kami dan Pakcik Ibrahim

Dah habis gaya bergambar, kami beredar melawat kawasan lain pula. Menjakunlah kejap dapat tengok rumah tradisional Korea depan mata. Sempat juga cuba main permainan tradisi mereka tapi tak ingat apa nama dia. Ala, yang baling-baling batang buluh masuk dalam bekas tu. Kalau tengok Sungkyungkwan Scandal, ada ditunjukkan diorang main benda alah ni. Gaya membaling tu dah cemerlang, tapi tak masuk daaa... Belum sempat nak baling banyak kali, ada satu rombongan Pak Mat ramai-ramai kerumun kat situ. Terus tak best nak main. Rondalah lagi ke kawasan lain pulak.

Za tengah intai rumah orang sebelah

Kat rumah sendiri tak ada tembok maka wajib bergambar tepi tembok ni..hehehe

Ni la permainan baling-baling tu...lupa nak baca maklumat dia tampal sebab dah ada orang serbu ramai-ramai

Waktu tengah tengok-tengok satu rumah dalam tu, ada sekumpulan ahjussi tengah lepak sambil borak-borak. Ayah Mada nak ambik gambar dengan diorang dan teruslah pulak ahjussi tu bagi kuih Korea kat kitorang semua. Waktu dihulurkan plastik tu, semua tanya; "Ni kuih apa ni?" Sambil tangan seluk plastik. Pemandu pelancong kami pun cakap; "Dia macam kuih beras, manis-manis rasa dia." Sampai plastik kat mak Mada je; "Oh, ni kuih sepit (kapit) Korea ni." Hahaha... Tak payah tanya, terus tahu. Bentuk dia bulat dan tebal sikit dari kuih kapit dan rasanya pun ala-ala kuih kapit. Kamsahamnida ahjussi! Ronda dalam perkampungan ni dalam satu jam setengah jugaklah sebelum bertolak ke lokasi seterusnya.

Kami lagi

Maklumat untuk salah satu rumah di sini...depan pintu masuk setiap rumah mesti ada benda alah ni..jemputlah baca ek

Mereka

Dekat kawasan simpanan makanan(binaan segitiga) dan peraman sos(tempayan) sambil makan kuih kapit Korea..

Tak sempat nak naik pavilion tu, maka bergambar berlatarbelakangkan beliau jelah

Sebelum balik, depan pintu masuk

Keluar dari sini, apa-apa hal pun, isi perut dulu sebab dah dekat pukul 1 waktu tu. Kami menapak je untuk ke tempat makan. Kali ni tak makan nasi tapi makan mee. Tak ingat pulak nak tanya nama hidangan ni tapi dihidangkan dalam satu periuk besar dan ada dua jenis mee, sayur, telur, fish cake dan tak ingat dah apa lagi. Kita kena tunggu dia mendidih, gaul sebati dan rasa meenya dah lembut atau belum. Kalau semua dah okey, barulah boleh mula makan. Kena kacau sampai bawah sebab berkerak. Makanan sampingannya cuma jeruk lobak putih yang siap dipek; kali ni tak ada kimchi. Bolehlah makan jeruk tu sebab tak masam tapi manis dan rangup. Sambil makan sambil borak sambil ambik gambar. Pelancong katanya.

Rupa beliau waktu dihantar ke meja

Rupa beliau ketika hampir masak

Dah dekat nak habis tu, Azree tanya kenyang ke tak? Bila masing-masing macam sudi tak sudi nak jawab, dia sendiri jawabkan untuk kitorang; "Kalau rasa tak kenyang, kita order nasi goreng pulak. Nanti dia akan gorengkan depan kita pakai periuk ni." Tapi order nasi tu satu jelah buat syarat nak makan nasi jugak. Ahjumma ni pun datang bawa nasi dengan seaweed tak silap. Kasi kaut keluar lebihan mee tadi dan terus tuang nasi dalam tu. Kiranya kuah mee tadi jadi perencahnya. Macam bukan nasi goreng tapi nasi gaul sebab cuma gaul-gaul je. Tapi sedap beb! Aku makan dua ke tiga sudu je sebab kena habiskan mee dan isi perut periuk meja sebelah, mak Mada bagi.

Inilah dia nasi yang dikatakan nasi goreng tu; ahjumma yang gaul

Rupa selepas siap digaul

Periuk dah licin, perut dah kenyang, mari ke destinasi seterusnya. Sebelum tu, kenalah bergambar depan kedai sebagai tanda kenang-kenangan. Pelancong sangat ni... Hahaha... Lokasi seterusnya bersambung di episod akan datang.
Depan kedai...kedai ni dah masuk JJCM versi MBC sebab ada gambar kat tepi pintu masuk tu

No comments: