Engagement Fund ;)

Sunday, 4 May 2014

KKMB 2014 - Episod 6: Menyusur Jalan di Itaewon

Ini masih lagi cerita pada hari kedua iaitu selepas balik dari Pulau Nami. Memandangkan kami terus ke Itaewon maka sebaik tiba di bandar, terus bertukar dari KTX ke subway. Waktu ni memang turun naik tangga dan berjalan bawah tanah je. Tak ingat pulak berapa kali tukar dan berapa kali kena naik tangga; yang pasti aku memang menyerah kalah kalau kena buat semua tu sendiri. Bersimpang siur ko lorong bawah tanah tu!
Dalam subway tak ramai maka dapatlah duduk dan bolehlah bergambar

Keluar je dari stesen, angin sejuk menyapa dan pemandangan sudah bertukar. Bukan lagi seperti berada di Korea sebaliknya terasa seperti berada di negara lain. Dekat sini memang ramai orang asing dan kebanyakannya adalah orang berkulit hitam; tak pasti pulaklah dari negara mana. Orang-orang berjubah persis Pak Arab pun senang jumpa juga di Itaewon ni. Tujuan utama ke sini adalah mencari makanan halal selain nasi lauk kimchi. Hehehe... Dekat sini tak perlu risau bab makanan halal sebab memang sangat banyak restoran makanan halal. Ada restoran makanan India, makanan Pakistan, makanan Arab, makanan Uzbekistan, dan makanan Melayu pun ada!

Inilah dia restorannya

Jalan punya jalan, jumpa satu restoran yang menghidangkan briyani. Mula-mula macam tak jadi makan situ, lepas tu unnie cakap apa entah dengan si pemilik restoran, terus kami jadi makan kat situ. Sebab macam dah bosan makan nasi Korea (padahal baru hari kedua kat sana kan...hehehe), kami order selain dari nasi. Tapi ada jugalah yang nak makan briyani. Aku dengan Za makan roti paratha dan kebab daging. Unnie makan briyani tapi makan nasi je, ayamnya dia bagi aku dengan Za. Tapi aku tak pelawa pulak beliau makan kebab kitorang sebab segan nak pelawa dan takut beliau tak makan daging. Makan malam pada hari tersebut ditaja oleh mak ayah Mada. Terima kasih banyak-banyak pakcik dan makcik. Dapat diskaun dari tuan kedai sebab kami datang Malaysia.

Tuan kedai yang tolong tangkapkan

Dari kiri; roti nan, kari kosong istimewa (sebab tak ada dalam menu) ayam tandori, briyani ayam

Kebab daging yang berharga 12 000 won..kongsi dengan Za sebab banyak..

Lepas makan, terus berjalan ke Seoul Central Mosque. Dekat Itaewon ni kawasan dia boleh tahan berbukit; maka tahanlah kaki untuk mendaki. Untuk sampai ke masjid pun kena mendaki jalan yang curam. Sampai-sampai je bergambar dulu depan masjid sebelum hari gelap. Lepas tu terus cari tempat wudhuk. Bersyukur sangat-sangat bila masuk tandas sebab ada paip. Tapi air dia sejukkkkk dan lampu dalam tandas ada sensor. Jakun kejap bila masuk je lampu menyala. Hahaha... Tempat solat wanita di bahagian atas dan kena daki banyak juga anak tangga sebelum sampai tempat solat. Alhamdulillah, dapat juga jejak kaki di satu-satunya masjid di Seoul.


Pemandangan malam di Seoul Central Mosque

Selesai solat, kami pun berjalan menuju ke stesen subway. Kali ni syok sikitlah sebab turun bukit, laju je jalan. Hehehe... Dalam perjalanan balik singgah bakeri Salam melayan nafsu. Rambang mata tengok pelbagai jenis roti dan manisan dan jadilah tamak nak beli semua benda. Bakeri Salam ni adalah dua tiga cawangan dekat Itaewon dan dijamin halal. Tak pasti pulak pemiliknya dari mana. Perjalanan balik tak rumit macam nak datang tadi; tiba-tiba je dah sampai. Keluar dari stesen, terus tunggu teksi untuk balik ke rumah penginapan. Sebelum berpisah dengan unnie, Mada sempat bagi sekeping not 20 ringgit dekat unnie sebagai tanda kenang-kenangan. Beliau cuma bawa kami berjalan dua hari je sebab hari Isnin beliau kerja dan kamilah kumpulan pertama yang beliau bawa berjalan di Korea. Terima kasih unnie atas layanan yang sangat mesra, semoga berjumpa lagi nanti. Unnie balik je, kitorang pun berjalan ke convenient store belakang rumah untuk beli susu pisang. Itulah rutin sepanjang kat sana. Hehehe... Sekian saja cerita untuk hari kedua kami di Korea. Cerita hari ketiga sambung entri lain.

3 comments:

Tengku Damia said...

Salam ziarah juga fara,
Wah seronoknya bercuti ke korea.Tak pernah sampai lagi ni : )

Tengku Damia said...

Salam ziarah juga fara,
Wah seronoknya bercuti ke korea.Tak pernah sampai lagi ni : )

farae al-farafisya said...

Terima kasih sudi singgah Kak..
Alhamdulillah, dah jejak kaki ke Korea...memang seronok dekat sana, kalau boleh nak pergi lagi...hehehe