Engagement Fund ;)

Saturday, 3 May 2014

KKMB 2014 - Episod 5: Antara Jualan Murah dan Pulau Nami

Hari kedua, kami dijadualkan ke Pulau Nami. Sebelum keluar, sarapan siap-siap. Ada disediakan kopi, roti, jem dan telur di rumah tumpangan. Pandai-pandailah nak masak macam mana kan. Hari tersebut, baru berkesempatan jumpa dengan ketua pemandu pelancong yang bernama Farid yang merupakan adik ipar si Shera. Nasib baik jugalah aku dah roger Shera dulu cakap kitorang nak ke sana maka ketibaan kami dalam pengetahuan beliau. Macam mana boleh tahu dia adik ipar Shera? Waktu tengok FB dia, nampak Mahirah dekat DP dan tengok mutual friend dia, ada si Shera. Tu yang tahu tu. Sebelum pergi tu selesailah segala salah faham yang berlaku. Tak ada masalah pun menginap kat mana-mana asalkan selesa dan selamat. Cuma toksahlah bagi tahu saat akhir, cuak kami dibuatnya.

Di hadapan Cheongnyangni Station

Dari rumah tumpangan, kami menaiki dua buah teksi untuk ke Cheongnyangni Station. Dari sini, kami akan menaiki KTX untuk ke Nami. KTX ni macam keretapi ekspress dan perjalanan mengambil masa kurang lebih 45 minit. Pembelian tiket diuruskan sepenuhnya oleh Farid dan unnie. Lama jugalah kami berlegar-legar dalam stesen ni sambil jamu mata tengok orang buat jualan. Sebelum berlepas, sempatlah ambik gambar ramai-ramai dan borak-borak kejap. Sekali tu, Farid cakap; "Sekarang ni tengah spring sale tau. Dari 11 sampai 20 April. Harga dia memang murah-murah." Eloklah tu, bagi tau ada sale pada hari terakhir sale. Memang perasan jugak waktu jalan-jalan tengah bandar kebanyakan kedai ada tampal poster nombor beserta peratus dan tulisan Korea. Mak incik tak faham, ingatkan jualan biasa rupanya jualan murah. Cis...cis...! Streessss! Hahaha... Waktu pergi kami tak dapat tiket duduk jadi berdirilah sepanjang 45 minit tu.Sebaik tiba di Gapyeong Station, unnie dan aku ke satu tempat untuk menuntut balik jumlah wang dalam T-Money card yang dah ditelan sebab salah masuk pintu sebelum berlepas tadi.

Tiket pergi

Menanti ketibaan keretapi

Kami pun nak berselfie juga...hehehe

Dari situ, kami menaiki teksi untuk ke jeti dan perjalanan mengambil masa dalam 10 minit. Waktu perjalanan pergi, pemandu teksi kami adalah sangat ramah. Siap ajar cara sebutan anyonghaseyo dan gamsahamnida yang betul lagi. Berulang-ulang kali pulak tu dan Madalah yang kena layan sebab dia duduk depan. Hehehe... Sampai jeti, orang sangat ramai; maklum la hari Ahad. Lepas beli tiket, terus beratur nak naik feri. Walaupun orang ramai, tapi perkhidmatan feri adalah kerap jadi tak perlu tunggu lama.

Dalam feri

Dalam feri jugak...tak berebut tempat duduk pun sebab orang lain semua berpusu-pusu nak duduk belah atas..

Sampai saja di Pulau Nami, kami terus berjalan masuk. Tak boleh nak ambik gambar di pintu masuk dek kerana terlalu ramai manusia. Kalau merancang untuk melancong ke Korea dan Pulau Nami termasuk dalam agenda, elakkan pergi pada hujung minggu sebab bukan saja padat dengan pelancong, rakyat dia pun ambil peluang untuk berlibur di hujung minggu. Kami terus ke kawasan tengah Pulau Nami kerana disitulah pusat segala-segalanya. Seperti yang dipesan oleh Farid, jangan asyik sangat ambik gambar awal-awal ni tapi pergi ke kawasan tengah dan sewa basikal. Boleh berbasikal di keliling pulau sambil bergambar. Lagi jimat masa.

Dalam perjalanan ke restoran nasi goncang

Disebabkan waktu kami sampai tu dah tengah hari maka agenda pertama adalah makan tengah hari. Kami dibawa menikmati nasi goncang yang popular dan wajib makan bila tiba di sini. Nasi yang dicampur dengan kimchi, tuna dan telur dihidangkan dalam bekas besi bertutup yang terus diangkat dari atas dapur sebaik saja pelanggan membuat pesanan. Nak goncang nasi ni kena pakai sarung tangan yang disediakan. Panas beb! Lepas goncang, barulah boleh makan.

Menu di situ

Seorang satu

Nampak tak kesungguhan Tuan Tanah goncang bekas tu?

Isi di dalam

Mada goncang sambil tengok kamera

Satu-satunya paket sambal goreng yang dimakan sepanjang berada di Korea...

Rombongan kami

Depan restoran

Lepas makan, bolehlah terus solat sebab bilik solat terletak di bangunan bersebelahan. Tempat solat di sini selesa dan dipisahkan antara lelaki dan perempuan. Seterusnya adalah acara bebas dan kena berkumpul semula di kafe bawah musolla pada jam 3 petang, ke 2.30. Lupa pulak dah. Maka kami bertiga pun teruslah mencari tempat untuk sewa basikal. Sewaan dikira ikut jam dan disebabkan waktu adalah terhad, kami hanya sewa selama 30 minit dengan bayaran 3000 won. Kalau 1 jam bayarannya adalah 5000 won. Ada banyak pilihan juga untuk sewaan ni samada nak basikal biasa, basikal couple, atau kereta kayuh. Kami sewa basikal biasa je dan masing-masing menggagau nak imbangkan badan sebab dah lama tak kayuh basikal. Hahaha... Agak mencabar juga mengayuh basikal pada waktu tu sebab manusia ada di mana-mana. Nak lagi best, loceng basikal Za je yang berfungsi. Merasalah kau tahan basikal dengan kaki nak bagi jangan langgar orang.

Berdekatan kawasan surau

Di padang kenangan...orang lain sibuk cari tempat teduh kami sibuk berjemur tengah padang bawah panas terik...kahkahkah

Nak gambar bertiga, kena mintak tolong orang yang lalu lalang dalam perjalanan...hehehe

Bukti dah sampai Nami

Inilah tempat hasil seni tu...gambar yang aku tengok ni diperbuat daripada bahagian dalam kotak; ala, yang jalur-jalur tu

Depan Nami Library

Semua tu adalah buku kanak-kanak dan bertulisan Korea

Masih di depan Nami Library

Waktu tengah posing nak ambik gambar ni, ada satu pelancong Korea cakap; "Yippo!"..hahaha

Poster Winter Sonata

Nak jugak saranghey tu...hehehe

Sebab tak puas hati dapat kayuh basikal 30 minit je, aku hasut diorang untuk lebihkan lagi masa 10 minit sebab kena bayar 1000 won je pun untuk 10 minit lewat tu. Hahaha... Mana sempat nak berbasikal, nak ambik gambar lagi, tak sempat...tak sempat... Itupun dapat pusing separuh pulau je. Sobsobsob... Waktu nak pulangkan basikal, orang dah bertambah lagi ramai. Nasib baik la tak datang petang. Sebelum berkumpul semula, sempatlah singgah beli cenderahati dan masuk ke dalam satu tempat pameran seni.

Mengabadikan kenangan di jeti 'tanah besar' selepas pulang dari Nami

Kreatif betullah yang buat karya seni ni. Daripada bahan-bahan macam pin baju, butang, key-chain dan bahagian dalam kotak, terhasil satu lukisan yang cantik. Dalam ni tak lama sangat pun sekadar tengok dan ambil gambar sikit, terus ke tempat berkumpul dan terus bergerak untuk pulang. Cerita di Itaewon sambung episod lain pulak ye. Penat dah taip dan edit gambar.

No comments: