Engagement Fund ;)

Saturday, 31 May 2014

KKMB 2014 - Episod 13: Annyeong, Korea!

Hari keenam di bumi Korea, kami bangun awal sebab flight adalah pada jam 11.00 pagi. Lepas subuh memang terus tak tidur. Bersiap dan kemas barang dan sarapan dengan saki baki biskut yang ada serta roti bakar. Rindu dengan roti Korea yang tebal dan gebu tu. Orang yang hantar kami ke lapangan terbang Incheon adalah ketua pemandu pelancong iaitu adik ipar si Shera. Dia kata nak gerak pukul 8 tapi kitorang mintak gerak pukul 7 sebab takut jalan sesak. Dari tempat penginapan ke Incheon ambil masa kurang lebih 1 jam jugak. Gedebuk gedebak, ngam soi je pintu pelepasan bukak kang.

Kenangan terakhir depan guesthouse

Landmark guesthouse, bertentangan Korean Instiute of Science and Technology

Cuaca pada hari tersebut adalah gelap dan berjerubu dan suhunya tetap sejuk. Sampai je terus check in beg dan terus bersiap sedia untuk masuk. Terima kasih atas layanan yang baik dari pihak Muslim Tour in Korea walaupun ada sedikit salah faham dan masalah pada awalnya. Pemeriksaan di sini macam lagi ketat berbanding di KLIA tapi alhamdulillah aku tak kena apa-apa. Lepas pemeriksaan terus pergi ke tempat untuk berlepas; kena naik aerotrain macam dekat KLIA jugak. Dah sampai bangunan tu, barulah lega. Tak ada dah nak terkejar-kejar dan bolehlah kalau nak membeli-belah lagi.



Kenangan terakhir sebelum masuk

Korean won aku pun banyak lagi gara-gara tak kuasa nak korek duit yang kononnya diselit untuk keselamatan. Merayaplah masuk kedai-kedai yang ada cari benda yang boleh dibeli. Sebab aku kedekut, tak beli apa-apa pun dan terus menuju ke pintu untuk berlepas. Dah penat ambik gambar, dah borak-borak, tetiba Mada kata nak pergi beli gula-gula yang dia dah survey sebelum kami berkumpul tu. Okeylah, jom! Sampai kedai tu, terus excited sebab ada macam-macam kuih tradisi Korea. Mada yang pandai baca Hangul kata kuih-kuih tu boleh dimakan sebab hanya menggunakan bahan-bahan yang biasa je. Tak ingat nama dia tapi dia diperbuat daripada tepung pulut. Kalau pernah makan mochi, cenggitu la tekstur dia cuma dia tawar. Memang tawar habis tapi sedap! Aku takut nak kaut banyak-banyak sebab Mada kata jangan beli banyak-banyak kang kalau tak kena dengan tekak, tak termakan pulak. Okeylah, aku kaut dua jenis je; satu jenis yang ada inti dan satu jenis lagi yang tak ada inti tapi ada banyak perisa. Antara perasa yang aku ingat adalah keladi, labu dan bijan. Ada banyak lagi perasa lain tapi lain kali jelah ye.

Ini dia kuih tu..yang bulat tu ada inti kacang manakala yang empat segi tu tak ada inti tapi ada perisa

Orkid yang sedang berkembang mekar

Tengah sibuk ambik gambar tiket..hehehe



Pintu bukak je terus beratur. Kali ni ramai orang Malaysia jugak dan pramugari dia pun majoriti orang Malaysia; tak macam waktu datang, majoriti penumpang dan pramugari adalah warga Korea. Tak dapat tengok luar sangat sebab aku duduk kerusi tepi lorong. Takpe, kita intai gitu-gitu jelah. Dah selesa semua, terus belek skrin konon-konon nak tengok Frozen sebab waktu datang haritu tak sempat tengok sampai habis. Sekalinya, tak ada! Memang cis sangat. Filem-filem lain pun macam bosan je jadi aku dengar lagu jelah sampai KLIA. Oh, sementara menunggu nak berlepas, kami diberi kacang goreng MAS yang popular untuk kudap-kudap. Berlepas pun agak lewat dari jadual asal sebab proses masukkan bagasi tu lama. Dalam pukul 11.30, kapal terbang pun meluncur di landasan untuk berlepas menuju destinasi. Annyeong, Korea!

Sambil dengar lagu, sesekali mata terlelap sebab penat. Perjalanan balik tak berapa nak lancar sebab ada beberapa kali gangguan sampai cabin crew pun kena duduk dan pasang tali pinggang. Memang terasa gegarannya tapi tak adalah gegar dahsyat sangat. Lewat sikitlah kami makan tengah hari dek kerana gangguan tu. Perut dah berkeroncong ni. Dalam pukul 1.00 jugak kot baru dapat makan.

Dari atas kiri; potato salad with salmon, cheese cake, mineral water, apple juice, packed kimchi, butter and bread, rice with chicken

Aku tak pasti ayam tu masak apa tapi memang makanan sihatlah sebab tawar habis dan sahih tak pedas..ada ginseng sekali dalam ayam tu dan juga benda pelik yang tidak diketahui namanya..

Memula ingatkan yang oren tu keledek, rupanya salmon..yang sebelah tu ingatkan tauhu sebab tekstur dia sebijik macam steamed toufu..nasib baik aku cuit sikit dulu dan rasa sebelum kaut dan buat lauk dengan nasik...hehehe

Taraaaa! Packed kimchi...dibungkus di Jeju katanya...inilah penyelamat tekak Jawa aku sebab kimchi ni pedas sikit, bolehlah buat perasa..


Menunya ada dua jenis; nasi dengan ayam atau ikan dengan wedges. Kalau dah kebulur, memang nasilah jawabnya. Orang yang tolak batu dengan kayu macam aku ni, bahagia je dibagi makan apa pun. Yang paling best, ada kimchi sekali. Daebak! Nak lagi best, Za makan separuh je kimchi dia jadi lagi separuh tu akulah hadap. Makanya kimchi aku boleh masuk dalam beg buat pengubat rindu. Hahaha... Drama sangat kau ni Farah oi! Lepas makan, sambung lelap mata. Satu jam sebelum mendarat, dapat snek pulak. Kali ni ada coklat dan croissant tuna lagi. Serius muak makan croissant tu sebab inti dia bland. Patut kena racik bawang sikit, tabur lada hitam sikit dan gaul sekali dengan mayonis. Barulah tak muak nak makan. Sebab dah bayar, aku telan je. Banyak bunyi kalu, buat sendiri ye. Hehehe...
Awan yang terpilu...eh?

Selfie

 Menu for the afternoon tea...

...but I chose coffee instead :)

Alhamdulillah, selamat sampai di KLIA mengikut jadual walaupun berlepas tadi lewat daripada yang dijadualkan. Terima kasih Encik Pilot kerana membawa kami dengan selamat. Seronok bila Encik Pilot buat pengumuman dan cakap; "Buat rakyat Malaysia, selamat kembali ke Tanah Air." Auwww! Aku dengan Za jadi orang terakhir keluar sebab kuih yang diborong sebelum berlepas tadi terperosok ke dalam jadi kena tunggu semua orang lalu sebelum misi mencari kuih dalam tempat barang dijalankan. Hahaha... Masuk dalam bangunan KLIA, terkejut kejap dengan persekitaran yang jauh beza dengan Korea; banyak yang perlu ditambah baik. Aku memang akan sentiasa merindui Korea. Sebelum ni bila Kak Eli cakap ada sorang kawan dia tu, mesti pergi Korea tiap tahun, aku pelik. Best sangat ke Korea tu? Sekarang dah faham dah perasaan dia dan kalau ada rezeki lagi, inshaAllah nak pergi lagi.

Akhirnya, habis juga catatan perjalanan Kembara Korea Musim Bunga 2014. Berjalan untuk semakin kenal Tuhan, dan memang ada banyak benda yang aku belajar waktu di sana. Kepada para peserta giveaway, sekali lagi dimaklumkan bahawa keputusan akan diumumkan minggu depan tapi tak tahu bila ye sebab mak incik agak sibuk dengan markah-markah budak-budak sebelum diorang periksa 9 Jun nanti. Biasa la, dah terhantuk baru nak terngadah kan, merasalah balik lewat sebab nak key in markah dalam sistem. Sekian, terima kasih kerana sudi membaca.

No comments: