Engagement Fund ;)

Saturday, 31 May 2014

KKMB 2014 - Episod 12: Sesat di Myeondong

Sesi terakhir membeli-belah adalah di Myeondong. Selepas makan kami terus menapak ke tempat tunggu bas untuk ke Myeondong. Sepanjang perjalanan ke tempat tunggu bas, kami jumpa banyak peniaga di tepi jalan yang menjual buah-buahan terutamanya strawberi. Dekat Gwanjang pun sama. Apa yang membezakan adalah harganya; harga sebekas strawberi di kawasan Namdaemun membawa ke Myeondong adalah 6000 won berbanding di tempat lain. Kawasan tumpuan kot, tu yang jual mahal. Aku dengan Mada dok geram je tengok strawberi dia merah-merah, gemuk-gemuk. Tapi asyik fikir 'mahal la 6000 won, rugi tak beli yang 3000 haritu.' Hahaha... Memang tak la ko nak jumpa balik yang harga 3000 tu dekat sini. Tetap juga pasang niat nak beli sebekas waktu baliknya.



Okey, sampai Myeondong Azree suruh bergambar dulu ramai-ramai untuk kenangan katanya. Lepas tu dia bagi tahu cara nak solat dekat situ. Nak jumpa tempat khas untuk solat memang tak ada; satu-satunya cara adalah solat di bilik persalinan butik-butik pakaian yang ada. Paling seronok bila dia suruh bagi semua hasil tangkapan pada dia sementara kami meneroka kawasan popular ni. Banyak okeh plastik kami bila dikumpulkan dan berat jugak. Tapi dah dia kata takpe, layan jelah. Lagi senang nak tambah barang. Hehehe... Lepas tu rombongan kami berpecah.

Azree kata tempat paling popular untuk solat adalah Uniqlo tapi kitorang tak masuk situ pun. Terus je jalan ke lorong depan. Waktu nak pilih tempat ni memang lawak, kena tengok butik yang agak-agak mampulah kalau-kalau nak terbeli pun padahal, tak ada dalam perancangan pun nak membeli. Jalan punya jalan, akhirnya jumpa satu butik yang ada ramai orang dan kelihatan seperti dalam kemampuan. Terus masuk dalam tu, tawaf satu kedai dulu dan kaut 3 pasang baju untuk 'dicuba'. Kisah solat ni dah tulis dalam entri terdahulu, jadi aku ringkaskan jelah ye. Butik SPAO ni recommended la untuk solat. Sebabnya nak masuk fitting room dia kena buka kasut maka kesucian tempat nak solat lebih meyakinkan. Butik lain aku tak tahulah kena buka kasut jugak ke tak payah sebab tak tengok. Hehehe... Kami wudhuk dekat tandas awam dulu sebelum cari tempat nak solat ni. Kalau nak terbeli barang dekat sini pun okey sebab harga barang pun tak adalah mahal sangat.

Sementara solat, Mada dengan Za dok belek beg galas yang memang cantik corak dia dan murah! Dekat sini, mereka berdua yang terkorban. Tuan Tanah terselamat. Hahaha... Mereka angkut satu beg berlainan warna dan bentuk seorang. Lepas beli beg, terus jalan tanpa tujuan. Eh, ada tujuan jugak sebenarnya; nak cari BB cream Nature Republic kiriman Kak Eza. Dekat sini, jangan risau tak jumpa kedai kosmetik sebab lepas beberapa langkah ko jalan akan jumpa lagi cawangan dia. Bersepahlah Nature Republic, Skin Food, dan Etude. Ada lagi dua jenama Korea yang tak jumpa kat Malaysia, tak ingat nama la pulak. Kedai diorang ni memang akan duduk sederet; ko pilihlah nak masuk pintu yang mana satu. Beberapa kali jugak keluar masuk NR tanpa membeli sebab gedik nak tengok yang cawangan lain punya. Hahaha...




Lepas dah beli BB cream tu, singgah Skin Food. Aku tak niat nak beli apape pun kat sini tapi terpengaruh dengan bedak kompak dia. Harummm baunya dan murah harganya. Tiga-tiga orang sekali angkut seketul bedak kompak. Za ada beli satu lagi produk, tak ingat dah apa bendanya. Oh ye, kalau korang nak terpengaruh dengan mak Oska dalam Secret Garden yang selalu sembur muka dengan pelembap tu, dekat sini memang bersepah benda alah tu dan sebenarnya korang memerlukan benda alah tu untuk kekalkan kelembapan kulit. Kalau kat Malaysia tak praktikal kecuali korang kerja dalam kawasan sejuk tahap musim sejuk.

Dah sampai Myeondong, macam tak sah pulak tak beli benda buatan Korea kan? Akhirnya aku masuk satu kedai yang jual beg dan kasut dan semua benda dalam berharga 29 000. Aku ajak Za teman, dengan Za sekali terbeli benda dalam tu. Syabas Za! Hahaha.. Aku beli beg, dia beli kasut. Keluar dari kedai tu memang dah petang sangat dan dah tiba masa untuk berkumpul semula. Waktu ni orang dah ramai dan peniaga kecil di lorong antara bangunan pun dah banyak. Bila ramai orang dan terlalu banyak kedai yang sama, terus pening dan keliru. Sesat ko dekat Myeondong! Nasib baik jalan berkumpulan, kalau aku sorang memang dah nangis dah. Cukup 3 kali kitorang berpusing di kawasan sama, terus tanya staf Korean Tourism Organisation jalan yang benar. Kalau sesat, jangan risau sebab dekat kawasan tumpuan pelancong memang ada staf KTO yang pakai topi dan vest merah dan ada tanda soal pada topi dan vest mereka. Bolehlah tanya diorang arah mana yang korang nak tuju.

Sementara menunggu bas, bersama hasil tangkapan

Macam biasa, nak balik rumah kena naik bas 273 dan bas ni akan melalui sepanjang-panjang Cheonggyechon. Sementara tunggu bas, Mada sempatlah beli strawberi dari ahjussi yang dah tutup kedai dan jual murah-murah untuk habiskan stok jualan. Waktu balik tu sama masa dengan waktu orang pejabat balik, merasalah duduk dalam bas lama. Ha, dalam bas ni jugak aku jatuh melutut sebab tak sempat nak stabilkan diri dan tiba-tiba pakcik pemandu bas tekan brek. Adoiii.... demi nak selamatkan hasil tangkapan, si penangkap yang jadi mangsa. Takpelah, bukan calang-calang orang dapat pengalaman jatuh dalam bas 273 di Korea kan? Hahaha..

Sampai rumah, campak barang-barang dalam bilik dan turun untuk makan di restoran bawah rumah. Sebelum ni makan dengan unnie, kali ni makan dengan Azree. Cuma kami bertiga je yang makan kat situ sebab mak ayah Mada dan Adawiyah dah penat. Makan malam terakhir memang daebak sebab dapat merasa kimchi ginseng yang sangat jarang ditemui bak kata Azree. Kalau dia yang duduk Korea dah lama pun tak jumpa, kitorang ni apatah lagi. Sambil makan sambil borak panjang dan memang lama pun kitorang makan, dari hari terang sampai hari dah gelap. Kalau nak rasa abalon, dekat sini pun ada; segar dari akuarium lagi. Tapi tang harga yang tak menahan tu; 50 000 won untuk satu hidangan.

Side dishes; dah tak kuasa nak susun setempat sebab penat

lauk-lauk utama; stew ikan, stew tauhu kot tapi ada makanan laut dalam tu, dan ikan panggang kegemaran kami semua...

ini dia kimchi ginseng...excited ko dapat makan ginseng yang mahal tu..hehehe...sedap! rasa dia rangup..

ikan yang dah diceraikan isinya oleh yours truly...ikut cara unnie buat, 'belah' guna chopstick

Selepas...sup percuma tu tak terusik langsung sebab dah ada dua lauk berkuah


Tengah makan tu, mak Mada masuk dan hulur beg plastik dekat Azree yang berisi stok makanan yang tak terusik. Sekali Azree cakap; "Oh, ni nak kurangkan berat beg la ni? Terima kasih. Kitorang memang dah biasa jadi 'tempat buangan'. Kalau ada lagi, bagi je. Bolehlah buat, stok jimat duit." La, tak kisah ke? Jenuh aku dengan Za fikir macam mana nak sumbat balik dalam beg makanan yang tak berusik tu. Bila dah ada yang mulakan, terus masing-masing offer stok makanan masing-masing. Kahkahkah... Maka, habis je makan terus naik bilik dan bungkus semua stok makanan yang berlebih tu. Ada mee segera, biskut Tiger, biskut gandum, kopi 4 dalam 1 dan paling penting sambal goreng yang aku dah pek kecik-kecik tu. Terima kasihlah yang teramat kerana sudi memudahkan kerja kami. Hehehe...

Plastik Doraemon...

Malam tu lepas mandi, kitorang keluar balik pergi convenient store nak beli susu pisang dan makanan yang boleh dimakan untuk bawa balik sebagai pengubat rindu. Baliknya, terus lepak depan tv tengok 14 Days God Gift tanpa sari kata tu. Aku tengok dua episod terakhir je, terus faham keseluruhan drama hasil ulasan Mada. Hahaha.. Dah habis cerita baru masuk bilik kemas barang yang bersepah atas katil tu.

Rupa katil sebelum kemas beg

No comments: