Engagement Fund ;)

Friday, 23 May 2014

KKMB 2014 - Episod 11: Melebur Duit di Gwanjang Market, Memborong Brooch di Namdaemun

Ini acara terakhir dalam jadual. Malam-malam sebelum hari ni tiba, sibuk dah Google sana sini cari tempat mana yang best dan murah nak beli barang. Kalau dah namanya perempuan, sampai Korea mesti nak beli brooch punya. Macam aku, sanggup tahan selama setahun tak beli brooch sejak buat keputusan untuk ke Korea dibuat. Sampai tempat brooch, macam orang gila kaut brooch untuk dibeli. Hahaha... Ada sekali tu sebelum hari kejadian, aku borak-borak dengan Za pasal tempat beli brooch ni; dia tanya aku, aku tanya dia balik. Akhirnya aku cakap; "Ala, kita tanya la Azree esok mana tempat nak beli brooch yang best." Sekali boleh Za selamba jawab; "Dia tau ke? Dia bukan pakai tudung pun." Kahkahkahkah.... Gelak besar aku dengar jawapan Za. Za ni memang, ada je jawapan dia kalau aku tanya. Jawapan tak boleh blah pulak tu. Aku cakap lagi; "Kerja dia kan bawa pelancong, confirm dia tahu punyalah." Dah sah-sah Azree ni lelaki, tak pakai tudung; tapi dia wajib tahu tempat mana yang best sebab itu termasuk dalam skop kerja.

Ambil kesempatan bergambar dengan Sajangnim yang kebetulan sedang melepak di bangku depan

Dengan pemandu pelancong pulak sebab esoknya dah tak jumpa dah

Perjalanan membeli-belah kami bermula di Gwanjang Market sebab aku, Za dengan mak Mada nak beli kain kapas. Lepas tu nak beli bantal Aten. Satu kedai tu je dia bawa kitorang. Macam tak puas juga sebenarnya, tapi takpelah sebab tak berniat sangat nak beli kain. Tak niat pun, 3 pasang juga aku angkut untuk diri sendiri dan nenek sekali. 1 pasang dia jual 10000 won. Kira murah tu. Sebenarnya, hari pertama tu Unnie ada bawa kitorang ke sini dah. Tu yang tau selain kain kapas, ada juga jual pelbagai benda termasuk bantal yang macam dalam drama Saeguk. Seketul yang besar berharga 20000. Mahal sebab sarung dia macam guna kain yang buat Hanbok tu dan isi dalam dia macam kacang. Berat jugak la bantal tu tapi cantik dan kelihatan selesa. Yang saiz kecil pulak 15000 tapi bentuk dia bulat. Tiba-tiba menyesal sebab tak beli satu untuk diri sendiri.

Depan kedai bantal

Dekat kedai kain...cantik la pulak kain hitam tu..huhuhu

Dah berat beg dengan kain, beralih ke Namdaemun. Kat sini tempat melontar paling afdhal sebenarnya. Tempat pertama Azree bawa kitorang adalah tempat brooch. Awal-awal dia pesan jangan minta tawar sebab harga tu dah ikut harga kilang. Eh, memang murah dah sangat kalau tengok kualiti sebab seketul brooch Korea yang aku beli kat Malaysia adalah RM 12 tapi kat situ dia jual 6 hengget je? Bersinar-sinar, macam-macam corak dan rekaan brooch diorang. Rambang mata dan menjadi tamak tiba-tiba. Dia bawak ke kedai yang biasa dia pergi, bagi masa dalam 45 minit kot, lepas tu dia hilang. Seterusnya, kerja kitorang pulak untuk pilih brooch.

Mula-mula aku pilih brooch kiriman Kak Rin. Dia bagi RM 100 lepas tu suruh aku fikir nak tukar duit macam mana, dapat berapa banyak, dan nak pilih corak apa. Pening jugaklah. Harap-haraplah apa yang aku pilih tu menepati citarasa beliau. Dah siap pilih tu, aku pilih 10 pasang brooch untuk tak tahu siapa. Saja pilih sebab rambang mata tengok brooch cantik. Niat dalam hati nak jual tapi macam nak bagi orang. Dah sudah tu baru pilih untuk diri sendiri. Sampai sini, jadi bingung tak tahu nak pilih yang mana sebab semua cantik-cantik. Habis 54000 untuk aku saja ye. Harga brooch bermula dari 2000 won seketul. Bergantung pada saiz la. 2000, 3000, 4000, 7000. Yang lagi mahal tak pasti pulak sebab aku cuma ambik yang 2000 sampai 4000. Yang harga 7000 tu besar gabak, berat tudung aku kang. Dah pilih, boleh mintak dia padankan dengan pin kecik. Pin kecik tu harga 1000 saja. Kiranya kalau beli satu set - seketul 2000 + pin kecik 1000 - dapatlah 3000 won untuk satu set tu. Dalam 10 hengget duit kita.

Nak semua boleh?

Brooch ahjumma ni cantik-cantik

Lepas lebur duit kat brooch, jalan depan sikit ada kedai cenderahati pulak. Ini pun kedai yang biasa dia bawak pelancong sebab sampai je kedai tu dia cakap sesuatu dekat tauke, terus tauke tu bawak keluar Yakult dengan straw dan hulur sorang satu; complimentary drink katanya. Macam biasa, kami diberi masa untuk pilih dan pilih dan pilih dan bayar. Kat sini dah macam orang gila tengok cenderahati pelbagai bentuk dan warna. Sasarannya adalah set sudu dan chopstick serta fridge magnet. Waktu ni bawa keluar senarai nama pun tak guna sebab dah bingung akibat ternampak terlalu banyak jenis cenderahati. Hahaha... Tauke siap bagi bakul pulak tu sorang satu, lagilah seronok nak mengaut.

Pilih Mada, pilih...

Aku dengan Za beli banyak juga untuk kawan-kawan sepejabat. Yelah, kalau dah satu pejabat tahu aku pergi melancong, tak ke ayat tipikal diorang bila jumpa aku kang; "Tak ada ole-ole ke?" Gituuu.. Macam aku ni lagi la ramai nak kena bagi; dari kaunter depan, sampailah bilik fail belakang tu, dekat 40 orang jugalah. Garu kepala juga nak beli apa sebab bajet pun ketat jugak. Akhirnya, aku main kaut je apa yang aku rasa cantik dan berbaloi. Tapi terpaksa bahagikan ole-ole tu kepada dua kategori; kategori bos-bos dengan kategori bukan bos. Asal ada sebagai tanda ingatan. Dekat sini, habis nak dekat 80000. Tapi dapat diskaun banyak dan barang percuma, serta layanan kelas pertama, tak ralat sangat. (ayat penyedap).

Dah habis borong satu kedai, kami menapak ke satu restoran untuk makan tengah hari. Dalam perjalanan, singgah beli t-shirt yang ada tulisan I Love Korea dan bendera Korea. T-shirt ni harganya sehelai 4000, 3 helai dapat 10 000; tapi untuk yang warna kelabu sahaja. Kalau warna lain harganya tetap sehelai 4000.Dekat kawasan luar Namdaemun ni ada baaaaaaanyak kedai baju dan beg. Baju-baju dia cantik pulak tu. Sementara tunggu Za borong t-shirt(sebab Za beli paling banyak), sempatlah melilau tengok kedai keliling. Hehehe...  Dah senyum lebar ahjussi tu dapat duit dari rombongan kitorang, teruslah berjalan ke tempat makan.
Gerai t-shirt

Sebenarnya dari Gwanjang tadi dah ke situ dulu tapi kebetulan waktu kami sampai tu ngam soi orang pejabat keluar rehat maka tak adalah tempat duduk kosong. Bila datang kali kedua, terus tak ada orang langsung; boleh pilih nak duduk meja yang mana satu. Makan tengah hari terakhir di bumi Korea agak mewah dengan 5 hidangan utama. Campur complimentary soup, campur side dishes, tak muat meja. Buat yang melancong tanpa ejen dan tak tahu nak masuk kedai mana, jangan risau sebab dekat deretan kedai sebelum masuk ke lorong untuk ke Namdaemun tu ada satu gerai kebab halal. Bolehlah kalau nak alas perut dengan kebab. Tapi kan, sepanjang berada di sana, tak sempat pun rasa kebab Korea. Sobsobsob... Kena pergi lagi nampaknya ni. Heeee...

Side dished yang boleh minta tambah sesuka hati

Watak utamanya adalah ikan panggang tu; sampai dua ekor dipesannya untuk kami

Chalmokesu mida!

Selepas

Perut dah kenyang, kami menuju ke tempat terakhir merabak dompet. Yang itu kena masuk dalam entri baru sebab panjang juga aku nak cerita. Hehehe... Sebarang pertanyaan, boleh tinggal pesan di kotak komen. Sekian...

No comments: