Engagement Fund ;)

Tuesday, 20 May 2014

KKMB 2014 - Episod 10: Deoksugung Palace

Bila terbaca blog kak Amy tengah hari tadi, semangat nak sambung tulis pengalaman di Korea. Hehehe... Okey, ini masih lagi hari keempat ye; acara belah petang. Lepas makan, kami berjalan ke bangunan Seoul Tourism Organisation untuk solat zuhur. Dekat sini aje rasanya yang ada tempat solat dan wudhuk yang selesa walaupun tak adalah besar mana pun tempatnya. Lengkap sejadah dan telekung sekali. Terbaik! Disebabkan Pakcik Ibrahim tak berapa boleh turun naik tangga, kami ke level yang ada surau tu dengan lif.

Keluar je dari lif, terus nampak patung Kwon Sang Woo. Tak dapat jumpa secara berdepan, jumpa patung sekeping pun jadilah walaupun itu bukan wajah beliau yang terkini. Itu rupa beliau waktu zaman Stairway to Heaven tu. Terus senyum sorang-sorang sepanjang perjalanan ke surau. Itu baru nampak gambar, belum orangnya. Kalau jumpa orangnya, pengsan kot? Kahkahkah... Lepas solat dan sementara tunggu yang lelaki pulak solat, aku dengan Za pun bergambar la dekat ruang pepatung tu. Ada ramai lagi artis lain macam Kim Hee Sun, Song Seung Hun dan Super Junior. Aku cuma bergambar dengan Kwon Sang Woo dan Kim Hee Sun je, yang lain-lain tu tak minat sangat dan tak berapa nak kenal.

Aiseh, tangan sape pulak yang mengganggu tu?

Ini dekat depan bangunan Seoul Tourism Organisation

Dah bergambar, lepak dulu di bangku-bangku yang ada sambil mengaut hampir semua pamplet yang disediakan. Mana tahu ada rezeki datang Korea lagi, boleh pergi tempat lain pulak. Dalam bangunan ni ada pelbagai kemudahan seperti panggilan antarabangsa percuma, internet percuma dan turut disediakan aktiviti mempromosikan budaya Korea. Kalau nak pakai hanbok kat sini pun boleh. Percuma lagi! Cumanya ada waktu-waktu tertentu sahaja. Kena pandai cari ye, mak incik tak rajin cari. Dari situ, kami menapak ke Deoksugung Palace sambil menikmati keindahan bunga yang ditanam sepanjang jalan.

Asalnya kami dijadualkan melawat Gyeongbuk Palace tapi disebabkan hari Selasa adalah giliran dia tutup, maka kenalah pergi istana lain. Jangan risau, dekat sini ada banyak istana. Kalau yang tu tutup, kita pergi yang ni. Kalau yang ni tutup, kita pergi yang sinun. Gituuu... Tapi Gyeongbukgoong tu memang istana yang best dan besar katanya sebab dalam tu ada muzium dan banyak binaan pavilion. Istana Deoksugung ni kecik je dan binaan dalam tu pun tak banyak. Tapi bolehlah nak tengok istana lama Korea secara langsung dan menghayati seni temboknya yang menawan tu. Hehehe...

Depan istana

Tak tahulah kami bernasib baik atau memang pemandu pelancong ni dah tahu; waktu sampai depan istana tu upacara tukar pengawal akan berlangsung dalam beberapa minit je lagi. Kebetulan orang ramai yang duduk, maka bila upacara bermula kami berada di barisan paling depan sekali. Cool! Pemain gendang berdiri betul-betul depan muka mak incik. Hensem pulak tu, lagilah tak kisah berdiri tengah panas. Hahaha... Tapi silau yang amat waktu tu jadi mari kita sangkut cermin mata hitam. Ah, terus buntang biji mata boleh melihat sekeliling dengan selesa.

Agak lama juga upacara perarakan ni tapi tak bosan sebab terasa macam menonton drama Korea. Sepanjang upacara tu ada penerangan dari juruacara menggunakan empat bahasa tak silap; Korea, Inggeris, Mandarin dan Jepun. Aku perasan penerangan tu dalam empat bahasa waktu tengok balik video yang aku rakam. Meriah betul upacara ni dengan ramai orang dan bajunya yang berwarna-warni. Aku pun faham tak faham je upacara ni sebab ramai sangat yang berarak dan ada beberapa pusingan. Hehehe... Ini cerita mengikut kefahaman akulah ye.

Permulaan perarakan

Selepas sesi penyerahan tugas

Mula-mula ada perarakan dari pengawal-pengawal yang sedang bertugas dengan diiringi oleh beberapa pegawai berdasarkan uniform yang mereka pakai. Lepas tu adalah sesi kawad kejap sebelum ketua pengawal yang sedang bertugas dan ketua pengawal yang akan ambil alih tugas tu bertukar syif. Ada seorang sida-sida kot bacakan watikah sebelum kedua-dua pengawal menunjukkan papan kuasa masing-masing sebagai tanda syif telah bertukar. Lepas tu rombongan ni terus keluar baris dan balik rumah terus, tak masuk istana dah. Kemudian, keluar pulak satu lagi rombongan lain dari dalam istana. Aku syak rombongan akhir ni adalah pengawal-pengawal syif baru. Ada dalam 15 minit juga upacara berlangsung sebelum beralih kepada sesi bergambar. Kitorang tahu pun sebab pemandu pelancong cakap dah boleh ambik gambar. Cepat-cepatlah terpa kat pengawal-pengawal tu sebab pelancong lain macam blurr je nak bergambar. Hehehe... Sesi ni tak lama pun, dalam 5 ke 10 minit macam tu sebab lepas tu diorang nak berarak masuk istana balik.Kalau nak bergambar jugak, tunggulah sampai diorang selesai berarak.

Pemain gendang yang berdiri betul-betul depan muka mak incik dan sporting sebab tengok kamera dan senyummmm...hehehe

Pemegang bendera dengan muka serius dek kerana menahan batang bendera daripada terpelanting ditiup angin kuat...memang kuat sungguh angin waktu ni

Spear man 

'Pegawai' ni lagi cool sebab dia yang lambai-lambai kitorang untuk bergambar dengan dia walaupun kitorang macam ragu-ragu pada mulanya bila tengok muka garang dia..hahaha

Ini staf yang jaga dekat bahagian tiket...tak faham kenapa aku je yang kena apit tapi bukan Mada dengan Za sekali?

Di sini, kami cuma menghayati seni binaan istana saja sambil mengambil gambar. Uniknya istana Korea ni adalah pada bumbungnya yang diukir dan diwarnakan dengan teliti selain tembok batu yang teliti buatannya dan pintu gerbang yang memisahkan antara binaan ini dan itu. Selain itu, Deoksugung Palace adalah satu-satunya istana lama yang mempunyai binaan dengan elemen moden dan landskap taman dengan suntikan barat. Lepas satu jam, kami pun keluar dan berkumpul semula depan pintu masuk untuk acara seterusnya.




Tembok kegemaran kami




Disebabkan masih awal, kami terus dibawa makan malam sebelum dihantar pulang ke Huga Haus. Tempat makan kali ni adalah di Anam juga dan menunya adalah seakan-akan bibimbap. Cuma yang istimewanya, 'lauk' utama dalam bibimbap ni adalah telur ikan dan kita boleh pilih tahap kepedasan nasi. Ada 4 tahap kepedasan dan boleh pilih ikut selera masing-masing. Macam biasa, kedai dia tak berapa nak besar dan meja pun tak berapa nak luas untuk kami yang ramai ni. Bersempitlah sikit waktu makan.

Side dishes; jeruk timun, jeruk lobak putih, fishcake (kaut dari satu bekas besar bertutup yang diletakkan di setiap meja; boleh makan sampai muntah)

Kimchi lobak putih kot

Nama kedai

Menu dia dan harga

Mangkuk aku dengan pilihan kepedasan tahap tiga tak silap

Sebelum makan kena gaul semua sekali macam ni

Licin kan mangkuk ku? Sedap weh!


Lepas makan, terus balik dan berehat untuk hari seterusnya iaitu hari merabak dompet. Azree siap suruh buat senarai lagi malam ni supaya tak ada yang tercicir namanya daripada mendapat ole-ole dari Korea. Gelabah terus aku sebab terasa nak bagi semua orang dan terasa nak beli semua benda. Dasarrr!

2 comments:

esteperedoc.. said...

Bole tau d mana ni? Tmpt makan?

farae al-farafisya said...

hai esteperedoc..
Sorry baru terbaca komen ni..
Kalau tak silap Alchon yg ni di Anam Street..
Tp kami difahamkan restoran ni adalah francais,
jadinya ada juga cawangan di tempat lain..
harap dapat membantu..